11 penunjuk perasaan didakwa hari ini
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 8 Sept. - Seramai 11 penunjuk perasaan yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah cadangan membina kuil di kawasan kediaman mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini, esok.
Kesemua mereka adalah penduduk Seksyen 23 termasuk pemimpin badan bertindak penduduk kawasan itu.
Utusan Malaysia difahamkan, kesemua individu terbabit diperintahkan hadir ke mahkamah berkenaan pada pukul 9 pagi bagi menghadapi dua pertuduhan.
Ada antara mereka yang menunjuk perasaan sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Malah, penunjuk perasaan juga turut berhadapan dengan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.
Pada 28 Ogos lalu, penduduk Islam Seksyen 23 mengadakan bantahan di hadapan bangunan SUK setelah tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan negeri untuk mengalihkan kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke kawasan berhampiran kediaman mereka.
Perhimpunan tersebut bagaimanapun bertukar kecoh apabila ada kalangan mereka mengarak kepala lembu sehingga mencetuskan rasa kurang senang penganut Hindu yang menganggap tindakan sedemikian menghina agama mereka.
Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri dalam kenyataan media pada 30 Ogos lalu mendakwa tidak tahu-menahu dari mana datangnya kepala lembu itu dalam perhimpunan berkenaan.
Malah, beliau menjelaskan penduduk sekadar menganggap kepala haiwan berkenaan simbol kebodohan kerajaan negeri pakatan pembangkang yang membuat keputusan membina kuil tanpa terlebih dahulu merujuk kepada penduduk Islam yang merupakan majoriti di kawasan
<<<< apa crita Menteri Dalam Negeri...hari tu beriya2 kata jgn salahakan penunjuk perasaan...nih dah pegi kot nih..guna ler power yang ada tuh tuk halang..hahaha..Lembik sungguh la Menteri Dalam Negeri terlatest nih....leMbikkkkkk......
satu lagikk..>>> Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri dalam kenyataan media pada 30 Ogos lalu mendakwa tidak tahu-menahu dari mana datangnya kepala lembu itu dalam perhimpunan berkenaan.
<<<< hahaha...bodo nak mampoih....terpampang dok usung kepala lembu..tup tup kata tak tau mai mana kepala lembu tuh...aDOi.....jejangan otROmen mai baling kat depan pejabat SUK kot..lepas tuh..pasai terkejut..pakat2 pijak ler gamak ehhh?..hahaahahh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
blogger lanun pakatan... wakahkah! blog yg xde nilai ! kahkahkah!
ReplyDelete